The Arpeggios Entertainment dengan rasminya telah ditubuhkan lebih kurang 5 tahun yang lalu. Objektif utama penubuhan syarikat/kumpulan ini adalah untuk memperkaya dan memperluaskan lagi khazanah seni negara dan memenuhi keperluan muzik-muzik tradisional di dalam pasaran.

 

Kami menawarkan produk-produk hiburan yang berkualiti dan pastinya dengan harga yang amat berpatutan. Kepuasan para pelanggan dan hubungan baik yang berpanjangan adalah matlamat utama kami.

 

The Arpeggios Entertainment pada asasnya adalah sebuah kumpulan Ghazal yang dianggotai oleh 5 orang pemuzik yang mempunyai pertalian saudara. Kami mempersembahkan lagu-lagu tradisional di majlis-majlis perkahwinan, upacara rasmi serta tidak rasmi kerajaan dan swasta, persembahan di pusat membeli-belah, hotel, restoran dan banyak lagi.

 

Apakah yang membuatkan kumpulan kami berbeza dan istimewa dari kumpalan ghazal yang lain? Kami sentiasa bersedia untuk memenuhi kehendak para pelanggan. Walaupun dengan menggunakan peralatan muzik tradisional, kami juga boleh memainkan lagu-lagu moden, lagu-lagu Inggeris lama dan baru, lagu-lagu Hindi, Cina, India dan lagu-lagu rakyat antarabangsa.

 

Pengalaman dan pendedahan ini menjadikan kami salah sebuah kumpulan Ghazal yang terbaik di Kuala Lumpur. Atas permintaan tinggi, kami memperluaskan lagi persembahan kami dengan mengadakan kumpulan Live Band, Stroller, Kumpulan Muzik Klasik dan banyak lagi. Luangkan masa anda untuk melayari laman web kami dan anda akan dapat melihat banyak lagi produk-produk hebat yang ditawarkan oleh THE ARPEGGIOS ENTERTAINMENT.

THE ARPEGGIOS ENTERTAINMENT

No. 2A, Jalan DC 3/19, Desa Coalfields

47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

 

' 

Ê

 

: +603-79636475

: +603-77837430

 

: sales@thearpeggios.com.my

: www.thearpeggios.com.my

 

*

Â